http://www.emocutez.com

Sunday, January 30, 2011

Cintaku

Kadang kala aku terfikir, tanpa aku disisi, kau akan bagaimana. Tenangkah, bahagiakah, atau merindui aku. Aku mahu sentiasa disampingmu. Menbantumu tika kamu mahu berdiri, menyokongmu tika kamu mahu rebah. Menghapus air mata tika airmatamu ingin menitis ke pipi. Tapi aku tahu, aku bukan sesiapa pada dirimu. Sekadar peneman di kala kamu sunyi. Sekadar teman bicara tika kamu keliru.

Tapi aku masih tetap begini. Cintaku dari dulu, cinta yang x seharusnya memiliki. Meski kadang kala, hati meronta mahu menakluki hatimu, seperti kau menakluk hati ini. Tapi masih, prinsipku masih begitu, bahagiamu bahagiaku. Meski kadang kala sakit hati bagai terhiris melihat kau dan dia. Aku tetap akan begini dan terus begini.

Aku bahagia bila kau tersenyum. Walau kadangkala, aku rasakakn senyumanku pahit sekali. Aku paksa diriku mengukir senyuman paling manis buatmu. Pahit yang kurasa, ku telan dalam-dalam di hati. Kusemadikan dalam lubuk hati yang x mungkin akan aku mampu kau selami. Moga bahagiamu itu kekal abadi.

Ku pernah mencintainya, dan cintaku padanya jugasama seperti cintaku pada mu. Cintaku x seharusnya memilikimu. Cukup sekadar, bahagiamu menemaniku dari jauh..

No comments:

Post a Comment